fbpx
Mayat kanak-kanak yang hilang dihanyut ombak ketika beriadah di pantai Tanjung Buloh, Sedili Kecil semalam berjaya ditemui malam tadi.

Mayat kanak-kanak lemas terdampar di pantai Tanjung Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Mayat kanak-kanak yang hilang dihanyutkan ombak ketika beriadah di pantai Tanjung Buloh, Sedili Kecil di sini semalam akhirnya ditemukan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mayat Putra Aniq Fairuz Mohd Faizul, 11, dijumpai terdampar di pesisir pantai kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian  selepas menerima maklumat pukul 10.30 malam.

“Susulan penemuan itu, ahli keluarga mangsa dipanggil ke lokasi untuk membuat pengecaman. Bapa mangsa mengesahkan mayat kanak-kanak tersebut adalah anaknya yang hilang dihanyutkan arus air laut.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut. kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas, manakala dua lagi iaitu Arman Hanif, 11, dan Mohamad Soleh Hazriq Mokhtar, 16, selamat selepas dibantu nelayan serta pengunjung di lokasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI