fbpx
Ahli keluarga membuat pengecaman mayat Ahmad Badrul Naim yang dijumpai lemas di Pantai Kandis, Bachok hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Mayat anggota bomba lemas dijumpai, operasi cari jasad adik diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Mayat seorang anggota bomba yang lemas semasa menyelamatkan adiknya di Pantai Kandis di sini semalam dijumpai sebentar tadi selepas hampir 20 jam hilang dihanyut ombak.

Mangsa, Ahmad Badrul Naim Ab. Wahab, 32, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Pulau Pinang ditemukan oleh orang awam pada pukul 12.15 tengah hari tadi kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, operasi mencari seorang lagi mangsa, Ahmad Nurudin, 21, yang merupakan adik kepada Ahmad Badrul Naim masih dijalankan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, dalam kejadian pukul 5.15 petang semalam, Ahmad Badrul Naim dan adiknya, Ahmad Nurudin hilang selepas anak saudara mereka, Mohd. Ali Al Imran Mohd. Ezad, 12, berjaya diselamatkan oleh bapa kanak-kanak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN