fbpx
Poster ucapan tahniah yang dikongsi Facebook Kementerian Pendidikan.

Lepas sedekad, empat pelajar Orang Asli Kelantan masuk SBP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai empat pelajar Orang Asli dari negeri Kelantan berjaya melakar sejarah tersendiri dengan menempatkan diri ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu hantaran berkata, empat pelajar cemerlang tersebut ialah Nor Christina Ranya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai K9 (JHEOA) dan Nur Muhammad Al Khawarizmi Rosmi dari SK Kuala Betis.

Selain itu, turut memperoleh tempat di SBP ialah Muhammad Putra Faizul Ab Ghani serta Elfira Nur Zulhaiza Emmie, masing-masing dari SK Sungai Rual.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada empat pelajar Orang Asli dari Negeri Kelantan yang telah melakar sejarah apabila berjaya menempatkan diri ke SBP buat pertama kali selepas sedekad.

“Semoga terus cemerlang dan menjadi contoh kepada generasi seterusnya,” katanya di sini semalam.

Tiga daripada pelajar tersebut ditawarkan untuk memasuki Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra manakala Nor Christina pula mendapat tempat di Sekolah Menengah Sains Gua Musang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI