fbpx
Gambar hiasan.

Laut bergelora, elakkan aktiviti pantai sehingga 21 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa perairan negara sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan timur Condore dan barat laut Reef North.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkankan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

“Situasi itu dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, barat Condore, utara Bunguran, Reef North, utara Reef South dan Layang-Layang dalam tempoh yang sama.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, pihaknya menjangkakan luruan angin monsun memasuki rantau negara yang berpotensi menyebabkan cuaca yang lebih lembap yang membawa ribut petir serta hujan lebat dalam jangka masa lebih panjang di Sabah dan Sarawak.

Keadaan itu dijangka berlaku dalam tempoh 19 hingga 23 Februari ini.

“Berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca, keadaan ini turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan (LCS).

“Sehubungan dengan itu, MetMalaysia mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan LCS berkuat kuasa daripada 18 sehingga 21 Februari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN