fbpx
VITOR PEREIRA

EPL: Pereira sedia lunas cita-cita Marinakis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus baharu Nottingham Forest, Vitor Pereira menzahirkan keyakinan untuk merubah nasib pasukan ke arah yang lebih baik.

Daripada pengalamannya sebelum ini, Pereira juga percaya pemilik pasukan, Evangelos Marinakis memiliki cita-cita besar untuk memastikan kelab itu mampu mencapai keputusan terbaik.

“Dia (Marinakis) bercita-cita tinggi, dia mahukan kemenangan. Saya cukup mengenalinya dan perbualan kami lebih kepada tempoh kami bekerja sama di Olympiacos.

“Saya masih ingat sensasi yang kami pernah cipta. Dia minta saya untuk jadi diri sendiri dan dia juga gembira dengan cara kami bekerjasama, memenangi liga dan piala.

“Dia mempercyai kerja saya dan saya juga yakin dengan personalitinya,” katanya yang mengikat kontrak 18 bulan bersama Notingham Forest.

Pereira sebelum ini pernah bekerja dibawah Marinakis ketika meraih kejayaan bersama gergasi Greece, Olympiacos.

Pereira muncul pengurus keempat Nottingham Forest, menggantikan Sean Dyche dan tanggungjawabnya ketika ini adalah untuk bantu pasukan menjarakkan diri daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.

Ketika ini Nottingham Forest berada di tangga ke 17 Liga Perdana Inggeris dengan 27 mata daripada 26 perlawanan. AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN