PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak menghala ibu negara perlahan susulan pertambahan kenderaan orang ramai kembali dari kampung atau bercuti sempena Tahun Baharu Cina.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipaparkan pada laman web jalannow.com, dereten panjang kenderaan dari Pantai Timur sedang beratur di Plaza Tol Gombak menghala Kuala Lumpur.
Rakaman CCTV juga memperlihatkan kesesakan di Genting Sempah, Bentong dan Gombak menghala ke Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE














