fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sejumlah wang yang dikeluarkan daripada guni beras. - Lambe Turah

Budak lelaki miliki wang seguni 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila menggunakan guni simpanan beras sebagai tabung untuk menyimpan wang, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan sejumlah wang kertas yang berada di dalam guni tersebut. 

Wang kertas itu bernominasi dari 100,000 rupiah (RM23), 20,000 rupiah (RM5), 10,000 rupiah (RM2), 5,000 rupiah (RM1) dan 2,000 rupiah (RM0.46). 

“Budak lelaki ini menyimpan wang di dalam seguni beras,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Berapa lama menabung? Simpan sikit lama-lama menjadi banyak,” kata seorang netizen. 

“Semoga mendapat berkat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN