PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir ke atas 10 negeri sehingga pukul 9 malam ini.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka di Kedah (Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar) dan Pahang (Bentong dan Temerloh).
“Selain itu, amaran ribut petir turut melibatkan Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu) serta Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga meliputi Sarawak: Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang serta Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Putatan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Labuan,” menurut MetMalaysia pada Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE














