fbpx
Lebih 30 kenderaan berlanggar akibat angin kencang dan jarak penglihatan yang terhad. - Peronda Negeri Colorado

30 kenderaan berlanggar ketika angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DENVER, COLORADO – Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kemalangan berbilang kenderaan di negeri Colorado dan sejumlah kebakaran berlaku di seluruh Plains apabila angin kencang mendatangkan malapetaka di seluruh rantau itu, lapor saluran berita CNN semalam.

Kemalangan di Lebuh Raya Interstate 25, selatan Pueblo melibatkan lebih 30 kenderaan. Nahas berlaku ketika angin bertiup sehingga 98 kilometer sejam (km/j).

Ia menerbangkan debu dan kotoran di sekitar, mengurangkan penglihatan dan menyebabkan keadaan kelihatan gelap.

Selain empat kematian, sekurang-kurangnya 29 orang dibawa ke hospital akibat kecederaan, demikian menurut Peronda Negeri Colorado.

Kecederaan mereka digambarkan sebagai ringan hingga sederhana, dengan beberapa digambarkan sebagai serius.

“Jarak penglihatan sangat terhad” kata ketua polis tempatan, Brian Lyons.

Lebih 750,000 orang di beberapa bahagian di lima negeri seluruh rantau Plains menghadapi keadaan cuaca potensi kebakaran dengan tiupan angin kencang sehingga 112 km/j, udara sangat kering dan tumbuhan kering yang banyak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN