fbpx
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa terlibat kemalangan di Kilometer 443.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berhampiran Bukit Beruntung, pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA

Wanita maut nahas 3 kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 443.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berhampiran Bukit Beruntung, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.33 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah lori treler membawa muatan kapur, sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah kereta jenis BMW.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang memandu lori treler mengalami cedera parah di bahagian kepala, manakala pemandu Honda City iaitu lelaki berusia 50-an cedera ringan.

“Seorang penumpang wanita berusia lingkungan 50-an yang berada dalam Honda City disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN