fbpx
TANGKAP layar video insiden perlanggaran antara MPV Polis dan Perodua Bezza di Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar, Ahad lalu.

[VIDEO] Pemandu MPV polis disaman, bergesel dengan Perodua Bezza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Tular sebuah video memaparkan insiden membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza dengan kereta peronda (MPV) polis di Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku 15 Februari lalu kira-kira pukul 10 pagi semasa anggota MPV polis sedang menjalankan tugas eskot rasmi di kawasan tersebut.

“Kenderaan PDRM jenis Honda Civic telah bergesel dengan sebuah Perodua Bezza dari arah bertentangan.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan kedua-dua kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil pada bahagian cermin sisi serta pintu kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Raiz berkata, polis sedang melakukan siasatan lanjut termasuk semakan video rakaman papan pemuka (dashcam) serta rakaman percakapan saksi telah dijalankan di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Saman telah dikeluarkan kepada pemandu kenderaan PDRM pada hari kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN