fbpx
Ivan Mamut

Sekatan FIFA: TFC jamin bayar tunggakan Mamut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Pengurusan Terengganu FC (TFC) memberi jaminan akan melunaskan baki tunggakan gaji bekas penyerang importnya, Ivan Mamut mengikut tempoh ditetapkan.

Jurucakap TFC berkata, pihaknya komited mematuhi kontrak ditetapkan apabila sudah menjelaskan sebahagian tunggakan gaji Mamut sebelum ini.

“Kami sudah menghantar bukti pembayaran (Mamut) kepada FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa).

“Baki bayaran akan diselesaikan dalam tempoh ditetapkan. Kami akan mematuhi setiap keputusan yang dibuat berdasarkan peraturan berkuat kuasa secara telus dan profesional,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu TFC sekali lagi dikenakan sekatan pendaftaran pemain oleh FIFA berikutan kemelut tunggakan gaji Mamut yang telah meninggalkan kelab sejak April tahun lalu.

Berdasarkan dokumen didedahkan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian FIFA, pakej kontrak ditandatangani antata TFC dan Mamut pada 14 November 2022 bernilai RM995,000 bagi musim 2023.

Mamut yang berasal dari Croatia kemudiannya membuat aduan rasmi kepada FIFA selepas sebahagian pakej tersebut didakwa masih belum dilunaskan sepenuhnya berikutan perbezaan tafsiran terma pembayaran antara pihaknya dan TFC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN