fbpx
Lelaki tersebut menjatuhkan mesin daftar masuk. - Viral Press

Pelancong mengamuk, pecahkan mesin ‘check-in’ lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Seorang pelancong dari Britain ditahan selepas merosakkan 10 mesin daftar masuk layan diri di sebuah lapangan terbang di Hong Kong dalam amukan yang menggemparkan orang ramai, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam satu video tular di media sosial, lelaki tersebut dilihat menjatuhkan satu barisan mesin daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong semalam.

Dia kemudian mengambil sebatang tiang pembahagi barisan lalu memecahkan mesin daftar masuk sambil disaksikan orang ramai.

Kakitangan lapangan terbang dan anggota keselamatan kemudian bergegas ke tempat kejadian serta memberi amaran kepada lelaki itu supaya berhenti menyebabkan kerosakan selanjutnya.

Pegawai kemudian menahan lelaki tersebut dan melancarkan siasatan terhadap insiden itu, namun punca dia mengamuk belum dijelaskan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN