fbpx
Keadaan kereta X50 dipandu Siti Nurul Diayana dalam kemalangan di Kilometer 19 LATAR, Kuala Selangor.

Ketua Puteri UMNO Selangor kemalangan kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Ketua Puteri UMNO Selangor, Siti Nurul Diayana Mat Sehat terselamat selepas kenderaan dipandunya terbabas di Kilometer 19 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 9.25 pagi berlaku ketika mangsa berusia 36 tahun yang juga Ketua Puteri Tanjong Karang itu memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50.

Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu bersendirian sedang menuju ke satu program di Tanjong Karang, di sini.

“Saya yang turut menghadiri program itu bagaimanapun pelik kerana dia (Nurul Diayana) masih tiada lalu segera menelefonnya namun tidak diangkat.

“Dia kemudian menghubungi saya memaklumkan terlibat kemalangan sehingga melanggar besi penghadang jalan di lebuh raya itu,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Menurut beliau, dia bersyukur kerana Nurul Diayana tidak mengalami kecederaan biarpun bahagian depan SUV itu remuk.

Tambah Sulaiman, Nurul Diayana yang menetap di Shah Alam sedang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI