PETALING JAYA – Sebanyak 12 negeri diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, dan Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang).
“Turut terlibat di Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak turut terkesan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song) serta Bintulu (Tatau dan Sebauh),” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE














