fbpx
TIGA remaja lelaki direman bagi membantu siasatan kes baling mercun di sebuah rumah di Taman Senawang Jaya. FOTO: NOR SHAFAWATI YUP

‘Gatal tangan’ baling mercun, kan dah kena tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tiga remaja lelaki yang dipercayai melempar mercun ke dalam kawasan rumah penduduk di Taman Senawang Jaya di sini direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, suspek berusia 14 hingga 16 tahun itu ditahan di sekitar Seremban malam tadi.

“Berdasarkan siasatan, dua remaja masih bersekolah, manakala seorang lagi telah berhenti sekolah. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana kesalahan memiliki atau membakar mercun tanpa kebenaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam Kosmo! Online melaporkan, polis mengesan tiga lelaki kerana membaling mercun ke kawasannrumah penduduk di Taman Senawang Jaya seperti yang tular di media sosial.

Pihak polis menerima laporan berkaitan pada pukul 1.45 tengah hari semalam. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pukul 8.12 malam, Sabtu lalu dan semakan terhadap rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga lelaki terlibat dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN