fbpx
HEITINGA (tengah) Chris Haslam (kiri) dan Justin Cochrane (kanan) meninggalkan Spurs yang kini dilatih oleh Igor Tudor.

EPL: Heitinga hanya bekerja 32 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Jodoh penolong jurulatih Tottenham Hotspur, John Heitinga hanya mampu bertahan 32 hari selepas tidak akan bersama pasukan yang kini bakal diketuai oleh Igor Tudor.

Pengurus dari Croatia itu sudah pun melakukan beberapa perubahan besar ke dalam pasukan termasuk merubah barisan kejurulatihan pasukan.

Difahamkan, Heitinga yang baharu saja menyertai pasukan pada 15 Januari lalu tidak mahu kekal dalam pasukan dibawah struktur pentadbiran Tudor.

Tudor dipilih sebagai pengendali interim bagi menggantikan Thomas Frank yang dipecat dan bakal menggalas tanggungjawab besar untuk mengeluarkan pasukan daripada risiko tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.

Reputasi Tudor sebagai ‘pakar pemulihan’ menjadi sandaran selepas kejayaannya memperbaiki prestasi kelab seperti Juventus dan Lazio ketika mengambil alih di pertengahan musim.

Bagaimanapun, pelantikan itu turut mengundang kebimbangan penyokong berikutan ketiadaan pengalaman Tudor dalam EPL selain risiko penyingkiran pertama Spurs sejak 1977.

Dengan pengunduran Heitinga dan dua lagi penolong jurulatih, Justin Cochrane serta Chris Haslam, Tudor membawa masuk jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan berkenaan.

Tudor akan dibantu oleh Ivan Javorcic, Riccardo Ragnacci (jurulatih kecergasn) dan jurulatih penjaga gol, Tomislav Rogic. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN