BEIJING – Seorang wanita di Heze, China nekad berhenti daripada pekerjaannya sebagai guru untuk menjual keranda yang kini diimport hingga ke Eropah, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.
Lisa Liu, 29, berhenti daripada menjadi guru pada Julai 2023 akibat tekanan kerja.
Dia kemudian menjadi jurujual keranda sebelum berjaya membuka perniagaannya sendiri.
Tidak seperti keranda China yang berat dan berwarna gelap, keranda Itali lebih ringan dan sering menampilkan ukiran keagamaan.
Kilang Liu dilaporkan mengeksport sekitar 40,000 keranda ke Eropah setiap tahun, menjana pendapatan tahunan hampir 40 juta yuan (RM23 juta).
Walaupun terdapat cabaran seperti perubahan dasar Kesatuan Eropah (EU) dan peningkatan kos penghantaran, Liu tetap optimis tentang masa depan industri keranda Heze.
“Orang mati setiap hari, dan semua orang akhirnya memerlukan keranda,” katanya. – AGENSI














