fbpx
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menjalankan operasi mencari kedua-dua mangsa yang lemas di Pantai Kandis, Bachok hari ini. Fotot oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Anggota bomba, adik dikhuatiri lemas di Pantai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Niat murni seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang untuk menyelamatkan adiknya yang lemas semasa mandi-manda berakhir tragedi apabila lelaki itu turut hilang di Pantai Kandis, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, anggota bomba terbabit, Ahmad Badrul Naim Ab. Wahab, 32, disedari hilang ketika cuba menyelamatkan adik lelakinya yang berusia 21 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, kedua-dua mangsa disedari hilang oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.30 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari kedua-dua mangsa.

“Setakat ini, kedua-dua mangsa gagal ditemui dan operasi mencari masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN