SEREMBAN – Polis mengesan tiga lelaki yang membaling mercun ke kawasan rumah penduduk di Taman Senawang Jaya di sini sehingga tular dalam media sosial.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 8.12 malam, Sabtu lalu.
“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya membaling mercun ke dalam rumah milik warga emas.
“Polis menerima laporan berhubung kes itu pada pukul 1.45 tengah hari tadi. Usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki atau membakar mercun tanpa kebenaran,” katanya.- KOSMO! ONLINE
@tsj760 #tamansenawangjaya ♬ bunyi asal – TSJ














