fbpx
Keadaan kenderaan yang dihempap pokok tumbang di Shah Alam pagi tadi.

[VIDEO] Dua pensyarah UiTM mangsa pokok tumbang Shah Alam selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua wanita yang terselamat dalam insiden kenderaan mereka dihempap pokok tumbang di Seksyen 7, merupakan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua iaitu Dr. Nur Shahidah Ab. Aziz, 39, dan Dr. Shareena Fairuz Abdul Manaf, 42, merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam.

“Berdasarkan maklumat, kedua-dua pensyarah berada dalam keadaan sedar walau pun mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan serta pemerhatian doktor di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua wanita bersilih maut apabila kenderaan pelbagai guna jenis Mitsubishi Xpander dinaiki mereka dihempap pokok tumbang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7 di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan Nur Shahidah mengalami luka di di bahagian kepala dan muka manakala Shareena cedera di bahagian pinggang. – KOSMO! ONLINE

@nandysaberi Kejadian betul-betul di hadapan mata. Pokok besar tumbang di seksyen 7 Shah Alam. Alhadulillah terselamat dalam jarak satu kereta sahaja . Dua wanita parah terperangkap didalam kereta . Sebak tengok suaminya yang datang dengan anak-anak teresak-esak ditepi kereta sementara menunggu bomba dan ambulans datang . #pokoktumbang #fyp #cny #accident ♬ original sound – Pengembara Waktu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN