fbpx
Kedua-dua suspek dibawa untuk proses permohonan reman bagi membantu siasatan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya baru-baru ini.

Seleweng RM900,000, KP, pengarah jabatan dilepas dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Ketua pengarah (KP) dan pengarah sebuah jabatan kerajaan yang direman berhubung siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000 dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, setakat ini seramai 18 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Beberapa barangan seperti pakaian, gajet, barangan elektronik dan peralatan sukan berjumlah RM57,000,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semnetara itu, sumber memberitahu, kedua-dua suspek yang dipercayai menyalahgunakan kuasa dan kedudukan masing-masing dilepaskan pada Jumaat dan kelmarin.

“Mereka ditahan reman selama lima hari sehingga hari ini. Bagaimanapun kedua-dua individu tersebut dilepaskan lebih awal selepas proses rakaman percakapan selesai.

“SPRM sedang melengkapkan siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan seleps memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Selain disyaki menyeleweng dana RM900,000, mereka dipercayai mengemukakan tuntutan palsu dan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM60,000 untuk menunaikan umrah semasa menghadiri urusan rasmi di Jeddah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI