fbpx
Nur Aini dituduh mencederakan polis, memecahkan cermin pintu kaunter aduan balai polis dan berkelakuan tidak senonoh di Mahkamah Majistret Kulim, hari ini.

Wanita dituduh cederakan lans koperal, pecah cermin balai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang peniaga wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis pada Jumaat lalu.

Tertuduh, Nur Aini Mohd. Noor, 32, turut berdepan dua lagi pertuduhan iaitu merosakkan cermin pintu kaunter aduan balai polis dan berkelakuan tidak senonoh.

Wanita itu mengaku bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah. Tertuduh bagaimanapun tidak mengakui fakta kes yang dibacakan bagi dakwaan  menumbuk anggota polis.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes termasuk mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Mengikut pertuduhan, Nur Aini didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Lans Koperal Muhammad Irfan Md. Shukri di kaunter aduan Balai Polis Sungai Kob, di sini pada pukul 3.30 petang, Jumaat lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Wanita itu juga didakwa berkelakuan tidak senonoh di lokasi dan masa yang sama. Pendakwaan dijalankan di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Nur Aini berdepan satu lagi pertuduhan iaitu menyebabkan kerugian kepada harta milik Balai Polis Sungai Kob dengan merosakkan cermin pintu kaunter aduan pada pukul 3.45 petang hari yang sama.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI