fbpx
- Seorang pengarah syarikat logistik dan pengangkutan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan.

Pengarah didakwa makan duit syarikat RM465,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat logistik dan pengangkutan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menyalahgunakan harta sebuah syarikat sebanyak RM465,500, lima hingga enam tahun lalu.

Tertuduh, Sahela Abdul Rahim, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Zamir Suhaimee.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Sahela didakwa dengan curangnya menyebabkan Shekeen Abdul Rahim, 39, melupuskan harta milik Suria Motor (M) Sdn. Bhd. dengan menandatangani tiga keping cek Ambank Islamic.

Cek berkenaan masing-masing bernombor 047793 dan 047757 berjumlah RM80,000 setiap satu serta cek bernombor 051896 berjumlah RM75,000, yang merupakan wang hasil pembayaran penjualan permit import kenderaan atas nama tertuduh tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat syarikat tersebut di Jalan Serampang, Taman Sri Tebrau, di sini masing-masing pada 24 Ogos 2020, 13 Oktober 2020 dan 11 Februari 2021.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh didakwa dengan curangnya menyebabkan Shekeen melupuskan harta milik syarikat iaitu wang syarikat masing-masing berjumlah RM135,000 dan RM95,500, yang merupakan hasil pembayaran penjualan permit import kenderaan, dengan memindahkan wang berkenaan ke akaun bank milik tertuduh.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di lokasi sama pada 23 November 2021 dan 29 Disember 2021.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun serta sebat, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN