fbpx
Pemandu dan kereta klon yang disita di cawangan JPJ Sabak Bernam

‘Kantoi’ bawa kereta klon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan berani seorang lelaki memandu kereta klon memakan diri apabila dia ditahan dalam Ops Tahun Baharu Cina 2026 di Jalan Sungai Besar, Sabak Bernam, kelmarin.

Kejadian itu dikesan kira-kira pukul 3.30 petang, Sabtu lalu ketika anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menahan sebuah Nissan Sentra yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Klang dan pemeriksaan mendapati kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan milik kenderaan lain.

“Malah kenderaan ini tiada perlindungan insurans yang sah. Semakan turut mendapati kereta tersebut merupakan kenderaan klon,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Susulan itu, kereta tersebut disita dan dibawa ke Cawangan JPJ Sabak Bernam untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN