fbpx
Gambar ayam sejuk beku tular yang didakwa dibeli di sebuah pasar raya, di Port Dickson, yang sudah tamat tempoh kira-kira sebulan.

Tiga kali terbeli makanan sejuk beku tamat tempoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tular makanan sejuk beku yang dibeli di sebuah pasar raya, di sini, yang sudah tamat tempoh kira-kira sebulan.

Pengarahnya, Dr. Zuraida Mohamed berkata, buat masa ini pihaknya masih belum menerima aduan berhubung makanan sejuk beku yang dibeli pengguna di pantai peranginan berkenaan yang sudah pun rosak.

“Setakat ni saya tak terima apa-apa aduan. Bagaimanapun, walaupun kami tak terima aduan rasmi seperti menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau lain-lain lagi, kami tetap akan melakukan siasatan.

“Siasatan akan dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Dalam kes seperti ini, makanan tamat tempoh yang dijumpai akan dirampas serta dilupuskan. Peniaga juga boleh dikenakan kompaun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial menularkan rasa tidak puas hatinya terbeli barangan yang didakwanya sudah tamat tempoh lebih sebulan dalam Facebook komuniti setempat.

Menurut pengguna media sosial berkenaan, kejadian itu bukan lah kejadian kali pertama kerana sudah tiga kali dia terbeli barangan sudah tamat tempoh.

“Beli beras berulat, beli susu expired (tamat tempoh), beli makanan frozen dan tamat tempoh lebih sebulan. Ayam dah busuk. Kesabaran kami dah hilang, sekali dua saya dan keluarga buat pejam mata saja, tapi bila masuk kali ketiga?

“Alasan kakitangan bagi semua tak munasabah. Kami sekeluaga telah memberi aduan kepada Kementerian Kesihatan. Mohon pada siapa saja yang terlibat terima nasib yag sama buat laporan. Ni bukan isu kecil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN