fbpx
Mohd. Yusoff (kanan) bersalaman dengan pegawai polis selepas Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Pangkat Anggota di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini.

Hanya 80 hingga 100 permit jual mercun di Kota Bharu sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Polis Kelantan hanya mengeluarkan kira-kira 80 hingga 100 permit untuk penjualan mercun dan bunga api secara sah di daerah ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, langkah mengehadkan permit jualan mercun dan bunga api itu merupakan salah satu usaha pihaknya memudahkan proses pemantauan dijalankan.

Menurutnya, setakat ini, permohonan permit penjualan mercun dan bunga api sempena Hari Raya Aidilfitri masih belum dibuka.

“Sebanyak 176 permit penjualan mercun dan bunga api diluluskan di Kota Bharu pada tahun lalu. Pada tahun ini, kita kawal sedikit kelulusan permit menjual kedua-dua barangan itu di daerah ini selepas menerima rungutan daripada peniaga.

“Mungkin sebanyak 80 hingga 100 permit sahaja yang akan diluluskan di daerah ini sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Daerah-daerah lain di Kelantan tidak terjejas dan tidak mempunyai sebarang masalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Pangkat Anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, sebanyak 45 permit menjual mercun dan bunga api diluluskan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, pasukan khas diwujudkan untuk memantau penjualan mercun dan bunga api di setiap daerah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI