fbpx
Fasha Sandha mendedahkan hasrat untuk 'memberikan' adik kepada anak bongsunya, Aisha Amaira terpaksa ditunda.

Allah belum bagi rezeki untuk Aisha dapat adik – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Belum menemui rezeki, pelakon Fasha Sandha mendedahkan hasrat untuk ‘memberikan’ adik kepada anak bongsunya, Aisha Amaira terpaksa ditunda.

Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, menjelaskan bahawa dia dan suami, Aidil Aziz merancang untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya sepanjang tahun ini sebelum kembali merancang untuk menambah ahli keluarga.

“Allah belum bagi rezeki untuk Aisha dapat adik ‘baby’.

“Tak ada rezeki lagi. Tidak mengapa, sabar ya sayang 2027 insya-Allah.

“Kita cuti 2026 ini, ibu ayah pulun kerja dahulu ya sayang,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelakon drama Rampas Cintaku itu meminta Aisha untuk melepaskan rindu bermain dengan sepupu-sepupunya terlebih dahulu sementara menunggu kehadiran adik kandung sendiri.

“Aisha gomol saja adik-adik sepupu dulu ya sayang.

Aisha merupakan anak hasil perkahwinan Fasha bersama pemilik nama lengkap Mohd. Aidil Abdul Aziz.

Sebelum itu, Fasha memiliki dua lagi cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 13, dan Putri Raysha Jemyma, 12, hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI