fbpx
Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Persiaran Milenia 2, awal pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Warga emas maut dalam perjalanan ke masjid   

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Seorang warga emas yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Jalan Persiaran Milenia 2, di sini pagi tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 6.25 pagi itu meragut nyawa Hisham Rasul, 60. Mangsa yang bekerja sendiri dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Cendrawasih 1 menghala ke Masjid Enstek.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ketika berada di lorong kiri.

“Motosikal itu dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar penghadang jalan menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi pada pukul 7.30 pagi oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Nilai.

“Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN