PETALING JAYA – pempengaruh suami isteri dari Amerika Syarikat (AS) mencuri perhatian orang ramai apabila memperkenalkan nasi lemak kepada anak mereka sebagai hidangan sarapan pagi.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @Thezandstras di TikTok, mereka turut menyediakan ‘minuman kebangsaan’ iaitu teh tarik sebagai pelengkap kepada hidangan ikonik rakyat Malaysia itu.
Difahamkan, pasangan tersebut sedang menjalankan satu siri sarapan pagi dari pelbagai negara bagi memperkenalkan budaya dunia kepada anak-anak mereka.
Menurut mereka, setiap minggu anak-anak akan memutarkan glob dunia dan memilih sebuah negara secara rawak sebelum menu sarapan negara berkenaan disediakan.
“Setiap minggu, anak-anak akan pusing glob dan pilih negara secara rawak, kemudian kami akan sediakan sarapan dari negara itu,” jelasnya.
Selain menghidangkan sarapan kebangsaan Malaysia, pasangan tersebut turut berkongsi maklumat ringkas mengenai negara ini kepada anak-anak mereka.
“Malaysia adalah negara di Asia. Di Malaysia, mereka bercakap Bahasa Melayu,” jelasnya.
Mereka turut menerangkan bahawa Malaysia kaya dengan hutan hujan tropika termasuk Taman Negara yang sebahagiannya berusia lebih 100 juta tahun.
Lebih menarik, semua hidangan tersebut dimasak sendiri oleh si suami buat pertama kali.
Ketika menghidangkan teh tarik, dia benar-benar ‘menarik’ minuman itu setinggi mungkin bagi menghasilkan buih ringan dan gebu.
Nasi lemak yang disediakan pula lengkap dengan telur rebus, timun, kacang goreng serta sambal ikan bilis, sama seperti yang biasa dihidangkan di Malaysia. – KOSMO! ONLINE
@thezandstras This week we learned about MALAYSIA 🇲🇾 I grew up in Indonesia and we have a very similar culture, so I was so glad Malaysia got picked this week because the dish reminded me so much of home 🫶🏼 What we learned about Malaysia: 🫶🏼 official language is Malay 🫶🏼 they have some of the oldest rainforests 🫶🏼 nasi lemak is commonly eaten for breakfast Next country: ETHIOPIA 🇪🇹 #malaysia #breakfast #family ♬ Malaysia Anthem (Negaraku) – National Anthems Orchestra














