fbpx
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial hari ini.

‘Uncle bising’, bil sepatutnya RM80 restoran tipu RM120

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Teh o ais satu RM2.50 kan, kalau tiga berapa, mana cukup RM120, awak kena ‘hentam’ saya RM4 sebungkus baru betul.”

Itu luahan seorang lelaki ketika memarahi pekerja sebuah restoran yang didakwa ‘sembelih’ dengan meletakkan harga tinggi terhadap makanan yang dibeli.

Menerusi satu klip video yang tular ketika ini, lelaki tersebut berani menegur dan memarahi staf restoran berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan bil yang diterima.

Menurut perkongsian tersebut, lelaki itu dipercayai seorang peniaga membayar makanan dan minuman untuk dua meja yang dipenuhi pekerjanya.

“Untuk meja pertama, hanya berbelas ringgit, meja kedua dua puluh ringgit lebih, manakala saya bungkus roti canai dan minuman sepatutnya RM30 sahaja.

“Jika ditambah tidak keluar pun amaun yang mereka kira mencecah RM120,” ujar lelaki tersebut.

Menerusi klip tersebut juga, restoran yang difahamkan berada di Lembah Kelang itu langsung tidak mempunyai tanda harga.

“Saya suruh mereka kira balik, lebih sejam tak dapat-dapat. Saya bayar dulu RM120 kemudian baru saya bising.

“Tunggu saya selesai kerja dulu, lepas habis kerja nanti saya tutup kedai kamu,” tegas lelaki itu lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN