fbpx
MIR berjaya mencatat masa empat saat lebih pantas berbanding rekod peribadinya pada ujian pramusim di Sepang baru-baru ini. - FARIZ RUSADIO

Kebangkitan Honda mula gugat gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Selepas beberapa musim dihantui prestasi hambar, Honda kini mula menunjukkan petanda awal kebangkitan menjelang perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2026.

Menerusi sesi ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini, jentera buatan Jepun itu mempamerkan peningkatkan sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pesaing dari Eropah seperti Ducati, Aprilia, dan KTM.

Pelumba utama Honda HRC Castrol, Joan Mir menyuarakan keyakinannya selepas berjaya mencatat masa satu minit 56.874 saat untuk menduduki tempat kelima keseluruhan sekali gus menyertai kelompok elit pelumba yang mencatatkan masa di bawah satu minit 57 saat.

Catatan masa Mir itu adalah empat saat lebih pantas berbanding rekod peribadinya pada ujian di litar yang sama tahun lalu.

“Saya selesa dan yakin di atas jentera. Walaupun masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, ia adalah hari yang positif bagi kami.

“Isu cengkaman pada tayar masih menjadi cabaran, namun ini adalah pakej terbaik pernah saya tunggang sejak menyertai Honda,” kata juara dunia 2020 itu.

Kebangkitan jentera RC213V turut diakui pelumba ujian HRC, Aleix Espargaro selepas bekas bintang Aprilia itu menyifatkan jentera versi 2026 tersebut sebagai motosikal MotoGP terbaik yang pernah dikendalikan sepanjang kariernya.

Nada sama turut dikongsi oleh Pengurus Pasukan HRC, Alberto Puig yang melihat pembangunan jentera kini berada di landasan tepat meskipun belum mencapai tahap ‘revolusi’ sepenuhnya.

“Kami sangat berpuas hati kerana berjaya mencatatkan kemajuan besar. Ia bukanlah satu revolusi besar, tetapi penambahbaikan pada bahagian yang sangat kami perlukan.

“Jentera kini berfungsi dengan baik, lebih ringan dan prestasi enjin bertambah baik. Sasaran kami adalah untuk kembali menang secepat mungkin,” jelas Puig. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN