fbpx
GUAN ENG.

Isu KP SPRM wajar dibahaskan di Parlimen – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berpandangan isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki wajar dibahaskan di Parlimen.

Menurut beliau, isu itu wajar dibahaskan sebagai satu usul khusus sebelum sidang berakhir pada 3 Mac Ini.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya tetap berpegang kepada kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dikeluarkan pada 12 Januari 2022 ketika menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) ketika itu menggesa Azam serta dua individu lain digantung tugas berhubung skandal pegangan saham bagi memberi laluan kepada siasatan bebas,” katanya dalam  kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar akan mengetuai Jawatankuasa Khas Siasatan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Azam.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI