fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir dijangka landa KL, Kelantan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Kelantan antara yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran ribut petir itu turut melibatkan beberapa negeri lain termasuk Selangor dan Putrajaya.

Di Kelantan, kawasan terjejas ialah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Selain itu, hujan lebat turut diramalkan melanda Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang serta Perak.

Di Terengganu, kawasan Dungun dan Kemaman dijangka menerima taburan hujan lebat, manakala di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Turut terlibat ialah beberapa daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Bagi Sarawak, antara kawasan terjejas ialah Bau dan Kuching di Bahagian Kuching, Serian, Samarahan dan Asajaya di Samarahan, Sarikei, Julau dan Meradong di Sarikei, Kanowit dan Selangau di Sibu, Tanjung Manis serta Daro di Mukah selain Song, Kapit dan Bukit Mabong di Kapit.

Di Sabah pula, kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) serta Tongod di Sandakan dijangka menerima hujan lebat dalam tempoh sama.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

“Amaran ribut petir ini merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terutama ketika memandu dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang selain sentiasa mendapatkan maklumat terkini cuaca daripada saluran rasmi MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI