fbpx
Ella sewaktu ditemui pada sidang media berkata, dia mahu memberi penghargaan kepada rakan seangkatannya yang turut memperjuangkan genre rock.

Ella nyanyi lagu Shima, angkut atlet negara di Konsert MTR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ratu rock negara, Ella Aminuddin mengejutkan 55,000 peminat apabila menyanyikan lagu Shima berjudul Setelah Aku Kau Miliki di Konsert Majlis Tertinggi Rock Queen yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Selain lagu Shima, Ella atau nama sebenarnya Nur Zila Aminuddin, 60, turut mendendangkan lagu-lagu daripada rakan seangkatannya seperti Ku Tak Akan Bersuara (Nike Ardilla), Kawan (Ruhil Amani) dan Salam Untuk Kekasih (Nadia).

Selama berpuluh tahun, Ella dan Shima dikatakan tidak sebulu gara-gara posisi Ella pernah digantikan Shima selepas dia meninggalkan The Boys untuk memulakan karier solo.

Namun, semalam Ella membuktikan bahawa dia dan Shima tidak pernah bermasam muka seperti yang didakwa.

Ella sewaktu ditemui pada sidang media berkata, dia mahu memberi penghargaan kepada rakan seangkatannya yang turut memperjuangkan genre rock.

“Saya amat hargai rakan-rakan seperjuangan. Sebab itu malam ini (semalam) saya beri penghormatan kepada Allahyarhamah Niki Ardilla, Shima, Ruhil dan Nadia,” katanya.

Ella turut menampilkan beberapa penyanyi jemputan sebagai kejutan antaranya Datuk Amy Search dan Joe Flizzow.

Antara artis jemputan yang turut tampil berduet bersama Ella ialah Tam Spider, Amir Masdi, Sam Bunkface dan The Boys. Tidak dilupakan suami tercinta Kapten Azhar turut berganding suara bersamanya.

Sewaktu menyampaikan lagu Standing In The Eyes Of The World, Ella turut mengundang atlet kebanggan negara, Datuk Nicol David Farah Ann, Ziyad Zolkefli dan Ridzuan Puzi berarak mengelilingi stadium menaiki bas khas.

Sepanjang lebih tiga jam konsert berlangsung, Ella menyampaikan lagu-lagu popularnya selama empat dekad dalam industri seni antaranya Dua Insan Bercinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Kesal, Rama Rama, Pengemis Cinta, Layar Impian dan Nuri.

Ella turut menderma setiap RM2 daripada hasil jualan tiket kepada tiga badan kebajikan iaitu Cinta Gaza Malaysia (60%), Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (20%) dan Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (20%). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI