fbpx
Suspek ditahan ketika berada di unit kecemasan HQE II, Kota Kinabalu. Foto IHSAN POLIS

Dua lagi anggota badan wanita dikerat belum ditemui   

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‎KOTA KINABALU – Polis giat mengesan dua lagi anggota tubuh wanita yang dibunuh kejam apabila tubuhnya dipotong kepada tujuh bahagian sebelum dibuang di beberapa lokasi di Indah Permai, Sepanggar di sini baru-baru ini.

‎Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, setakat ini pihaknya masih meneruskan pencarian dua lagi anggota tubuh mangsa termasuk parang yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

‎”Operasi pencarian dilaksanakan sepasukan pegawai dan anggota polis termasuk Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Kontinjen Sabah. Pencarian melibatkan beberapa lokasi yang sudah dikenal pasti.

‎”Bagaimanapun lokasi pembuangan anggota tubuh itu masih belum dapat dinyatakan secara spesifik ekoran suspek yang berusia 71 tahun masih di hospital bagi menerima rawatan, jadi proses soal siasat belum dapat dijalankan sepenuhnya,” katanya.

‎Jauteh berkata, mangsa dipercayai ditetak menggunakan parang di sebuah rumah di Manggatal sebelum mayatnya dipotong dan dibuang di beberapa lokasi.

‎Terdahulu, anak mangsa menerusi siaran langsung di TikTok mendakwa walaupun jenazah ibunya sudah dikebumikan, namun masih terdapat anggota wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu yang tidak lengkap.

‎Difahamkan, anggota yang belum ditemui ialah kaki kiri dan tangan kanan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI