fbpx
Zainol menunjukkan kesan kebakaran rumahnya itu di Taman Baiduri, Banting. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

Dengar jeritan anak, cuba padam api namun gagal – Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – “Sejurus terdengar bunyi jeritan, saya segera cuba memadam api, namun gagal kerana terlalu marak,”.

Itu kata Zainol Abidin Yahya, 71, datuk kepada Allahyarham Mohd. Achmad Mohd. Iszwan berusia enam tahun yang ditemukan rentung dalam kebakaran di Taman Baiduri, Banting di sini, hari ini.

Menurut pesara swasta itu, ketika kejadian dia bersama isteri dan seorang anak perempuannya sedang tidur di bilik utama rumah teres dua tingkat berkenaan, kira-kira pukul 4 pagi.

“Saya kemudian tersentak mendengar anak menjerit ‘api api’ dan melihat sebuah bilik di belakang tingkat sama terbakar.

“Pada waktu itu, saya tidak tahu cucu (arwah) sedang tidur dan saya cuba menyimbah air dari tandas, namun tidak berjaya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Jelas Zainol, kejadian itu berlaku agak pantas dan dia mengarahkan lapan ahli keluarga termasuk isteri dan tiga cucu lain keluar menyelamatkan diri.

“Pada waktu, seorang anak lelaki saya (Muhammed Hafiz Fikri, 30) turut cedera melecur kerana cuba menyelamatkan mangsa. Selain itu, anak perempuan saya (Shazwani, 35) turut mengalami sesak nafas. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Banting bagi rawatan lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi memaklumkan hasil pemeriksaan awal mendapati api bermula daripada sebuah bilik di bahagian belakang tingkat atas rumah.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI