fbpx
Dr. Muhammad Akmal

Apa yang ditakutkan bila Melayu Islam bersatu – Dr. Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar tindakan pemimpin sayap pemuda parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang didakwa ‘kepanasan’ susulan kenyataannya berhubung penyatuan UMNO dan Pas.

Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini hanya menyentuh soal UMNO dan Pas tanpa membabitkan mana-mana parti dalam PH.

“Ini satu lagi geng yang kepanasan. Kita bercakap tentang UMNO dan Pas, sikit pun tak bercakap tentang parti kamu. Tapi PH pula yang kepanasan.

“Apa yang ditakutkan bila Melayu Islam bersatu?,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Dr. Muhamad Akmal berkata, usaha menyatupadukan ummah bukan perkara mudah dan sentiasa berdepan tentangan daripada pelbagai pihak sejak dahulu.

“Tapi itulah cabaran menyatupadukan ummah ini bukan mudah, akan ada golongan yang menentang sejak dari zaman dahulu lagi.

“Jangan risau ya geng PH, lawan saja, apa yang nak ditakutkan,” ujarnya.

Terdahulu, tiga pemimpin sayap pemuda parti komponen PH Melaka mempersoalkan keikhlasan dan hala tuju politik beliau yang didakwa tidak konsisten dalam pendirian politik.

Ia susulan tindakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu yang lantang menolak kerjasama dengan PH, walhal parti berkenaan merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Dalam hal ini, peribahasa ‘musuh dalam selimut’ cukup tepat kerana tindakan yang melemahkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan negeri sendiri akhirnya memakan diri,” menurut kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN