fbpx
Keadaan trafik di Genting Sempah menuju Pantai Timur hari ini.

Aliran trafik Gombak ke Pantai Timur sesak hampir 12 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik menghala ke Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah dilaporkan sesak sejauh 11.9 kilometer (km) pagi ini.

Lembaga Lebuhraya (LLM) memaklumkan, kesesakan itu melibatkan laluan arah Kuantan dari Kilometer (KM) 25.3 hingga KM 37.2 antara Gombak ke Genting Sempah setakat pukul 11 pagi.

Menurut LLM, aliran trafik menghala utara di Lebuh Raya Utara-Selatan pula dilaporkan perlahan dan bertali arus dari Slim River ke Tapah.

“Pada pukul 12 tengah hari, trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Kuantan masih perlahan membabitkan jarak 2.7 kilometer dari KM 21.8 hingga KM 24.5 di Gombak serta 11.7 kilometer dari KM 25.5 hingga KM 37.2 antara Gombak ke Genting Sempah.

“Keadaan perlahan ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, yang dilaksanakan bermula pukul 12.01 tengah malam, 14 Februari hingga 11.59 malam, 15 Februari 2026.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik, atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI