fbpx
SUSPEK kes bunuh isteri menggunakan lesung di Kampung Makam dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk permohonan perintah reman hari ini.

Suami bunuh isteri hamil dengan lesung direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Suami yang disyaki membunuh isterinya yang sedang sarat hamil menggunakan batu lesung di rumah sewa mereka dekat Kampung Makam direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 19 Februari itu dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki etnik Rohingya berusia 35 tahun yang mengenakan pakaian lokap kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah pada pukul 10.10 pagi dengan diiringi anggota polis.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita yang hamil tujuh bulan ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian menyayat hati itu.

Mangsa wanita berusia 34 tahun ditemui tidak bernyawa di dalam bilik rumah sewa mereka kira-kira pukul 7 pagi oleh tuan rumah selepas dipercayai dibunuh kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya tidak menolak punca kejadian bermotifkan cemburu.

Katanya pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian tragis itu pada pukul 7.42 pagi sebelum berjaya menahan suspek setengah jam kemudian di sekitar lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN