fbpx
SELANGOR berada pada tahap terbaik ketika ini kerana belum tewas dalam lapan perlawanan terakhir.

Selangor tak boleh lepaskan peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALASAN letih tidak pernah wujud dalam diri pengendali Selangor FC, Kim Pan-gon yang menuntut permainan lebih baik mampu dijelmakan anak-anak buahnya pada suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu menjelaskan, bekalan satu gol tidak menjamin apa-apa kerana segalanya terserah kepada pemain untuk mengekalkan motivasi terbaik bagi mengesahkan slot separuh akhir.

“Kami kena atasi keletihan. Kami kena jadi lebih kuat dan anggapnya sebagai motivasi dalam (mana-mana) perlawanan, bukan untuk satu aksi saja.

“Pemain mahukan peluang ini, jadi saya mahu lihat Selangor memiliki mentaliti yang kuat,” kata Pan-gon yang kini masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan selaku pengendali The Red Giants.

Sebelum ini, Pan-gon sudah menyatakan bahawa para pemainnya harus lebih tajam dan tidak boleh mempersiakan peluang yang diperoleh seperti aksi pertama.

Pan-gon juga menyedari NSFC memiliki kualiti tersendiri dan pemain yang diturunkan harus bersedia untuk mendapatkan jaringan awal, bukannya mengharapkan gol lewat permainan.

“Kami sentiasa akan memberikan semangat kepada pemain yang mana kami kena terus berjuang untuk semua penyokong hingga akhir perlawanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI