TIGA hari menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, ibu kota mula berselimut rona merah, emas dan deretan gantungan tanglung berwarna benderang. Bagi orang Cina, ini bukan sekadar perayaan, sebaliknya lambang penyusunan semula hidup, menutup helaian lama dan membuka ruang untuk nasib serta azam baharu. Mengikut kalendar lunar, 2026 menyaksikan kemunculan Tahun Kuda khususnya bawah elemen Kuda Api. Membawa simbolik kepantasan, keberanian, semangat juang dan daya tahan tinggi, namun di sebalik kelajuan, Kuda Api turut menuntut ketekunan, kesabaran dan disiplin untuk mengawal…














