fbpx
Faisal (dua kiri) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan pada perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC di Stadium MBPJ. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

Piala Malaysia: Selangor FC membara ‘nyalakan’ Misi 34

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selangor FC menyalakan ‘Misi 34’ dengan bergaya apabila mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan agregat 6-1 sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium MBPJ itu, skuad Gergasi Merah yang memiliki kelebihan 1-0 hasil kemenangan di Paroi minggu lalu bermula garang apabila mendahului seawal minit ke-2 hasil jaringan Faisal Halim.

Gol tersebut menaikkan semangat tuan rumah apabila melebarkan agregat menerusi dua jaringan pantas oleh Alvin Fortes pada minit ke-24 dan Nooa Laine berselang enam minit kemudian.

Penyokong Merah Kuning terus ceria apabila meraih gol keempat apabila Quentin Cheng meledak jaringan menarik pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad kendalian Kim Pan-gon itu melengkapkan aksi lima bintang dengan gol kelima jaringan Chrigor Moraes pada minit ke-66.

Kealpaan di benteng pertahanan menyaksikan NSFC berjaya meraih gol saguhati menerusi penalti yang disempurnakan Jovan Motika pada minit ke-73 dengan keputusan 5-1 kekal hingga wisel penamat.

Sementara itu, di Stadium Negeri, Sarawak menyaksikan Kuching City mara ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama dengan menewaskan DPMM FC dengan agregat 6-2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN