fbpx
Pertahanan JDT, Feroz Baharudin cuba mengejar bola pada aksi Piala Malaysia menentang Melaka FC, semalam.

Piala Malaysia: Hanya keajaiban boleh selamatkan Melaka FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pengendali Melaka FC, E. Elavarasan menyifatkan hanya keajaiban yang boleh menyelamatkan Melaka FC daripada tersingkir dalam saingan Piala Malaysia selepas tewas 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Menurut Elavarasan, dua gol awal yang dijaringkan anak buah Xisco Munoz dalam tempoh kurang 10 minit menyentak moral pemainnya dan memberi kesan kepada persembahan pasukan setelah membenarkan JDT menguasai permainan.

Katanya, walaupun Melaka ada mempunyai beberapa peluang pada perlawanan itu, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa JDT adalah pasukan yang lebih baik dan tampak sukar untuk bangkit pada aksi kedua.

“Realitinya, jika tanya soal peluang masih ada, ia agak mustahil melainkan kami mampu buat magis. Kamu ingat senang bagi pasukan seperti JDT sia-siakan kelebihan 5-0?

“Kita perlu terima hakikat, jangan mengharapkan keajaiban, JDT adalah sebuah pasukan yang mantap. Pertembungan dengan mereka amat mencabar, kita tahu mereka akan menggila pada babak kedua.

“Kita cuba memberi kesukaran kepada mereka dengan membuat serangan tapi tak berjaya disudahkan, malah kesilapan yang dilakukan pemain, mereka tidak lepaskan peluang itu dan menghukum kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN