fbpx
KUCING hitam ini membawa lari pakaian dari  kolam renang sebuah sekolah di New Zealand. – UPI 

Pencuri tuala, seluar dalam akhirnya tertangkap  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WELLINGTON – Pencuri bersiri yang melarikan pelbagai barangan termasuk tuala, kasut dan seluar dalam dari sebuah sekolah di New Zealand selama lebih setahun akhirnya dikenal pasti, lapor laman berita UPI. 

Pengetua Sekolah Apanui di Whakatāne, Marama Stewart berkata, barangan itu hilang secara misteri dari sekolah selama lebih setahun, terutamanya semasa musim kolam renang digunakan.

“Pada mulanya kasut, gogal, seluar dalam dan tuala dicuri,” kata Stewart.

Pihak sekolah memasang kamera keselamatan dan menyiarkan video pencuri itu beraksi di laman Facebook. Ia menunjukkan seekor kucing hitam menyeret tuala besar melintasi padang permainan.

“Apabila seluar renang dan dan tuala hilang, saya memeriksa kamera keselamatan dan melihat ‘pesalah kecil’ ini.  Sejumlah besar barangan ditemui di belakang bangsal sekolah,” kata Stewart.

Beliau berkata, penjaga sekolah telah menghubungi pemilik kucing itu, yang mengesahkan bahawa haiwan peliharaan mereka adalah pencuri ‘terkenal’. AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN