JAKARTA – Seorang warga emas di Pasangkayu, wilayah Sulawesi Barat mengundang perhatian orang ramai apabila sengaja membakar motosikal miliknya, lapor portal berita Lambe Turah.
Pembakaran itu dilakukan di kawasan ladang sawit di daerah Tikke Raya, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ayakide menunjukkan lelaki terbabit mencurahkan petrol ke seluruh motosikalnya sebelum menyalakan api.
Dia berbuat sedemikian kerana motosikalnya sering rosak, meskipun berulang kali dihantar ke bengkel untuk dibaiki.
Dia juga tidak tahan kerana motosikalnya kerap ‘merajuk’ semasa ditunggang.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pekbagai reaksi.
“Beli sahaja yang baru kalau tidak tahan,” kata seorang netizen.
“Yang rugi adalah diri sendiri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














