fbpx
PERSEORANGAN lelaki China, Shi Yuqi (kiri) dan Anders Antonsen dari Denmark ini antara pemain yang dijangka mendapat manfaat sistem 15 mata. - SHIDDIEQIIN ZON

Eropah, China bakal dapat manfaat 15 mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CADANGAN pengenalan sistem 15 mata oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berpotensi mengubah landskap badminton dunia apabila pemain Eropah dan China dijangka mendapat manfaat besar.

Jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto mengakui, format itu menjadikan corak perlawanan terlalu pantas, sekali gus menuntut perubahan taktikal secara menyeluruh.

Menurutnya, pemain-pemain negara tidak mempunyai pilihan selain menyesuaikan diri dengan segera kerana format baharu itu tidak lagi memberi ruang untuk membuat kesilapan mudah.

“Saya rasa 15 mata ini terlalu pendek kerana ia menggunakan format terbaik dalam tiga set. Permainan akan menjadi sangat laju.

“Jika ia sudah diputuskan, mahu atau tidak kita perlu ikut. Kita mesti sesuaikan dalam latihan. Paling penting adalah fokus dan perlu bermula dengan bagus,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam.

Mengulas lanjut, Nova tidak menolak kemungkinan kebangkitan pemain dari Eropah dan China yang berpotensi mendapat manfaat daripada sistem itu.

Sehubungan itu, Nova menekankan kepentingan penyesuaian segera dalam modul latihan bagi memastikan pemain negara mampu bersaing dalam tempo permainan yang lebih tinggi.

“China memiliki ramai pemain muda yang laju, manakala pemain Eropah mungkin beruntung kerana format pendek ini lebih bersesuaian dengan cara latihan dan pelan permainan mereka.

“Untuk pemain saya sendiri, mungkin Chen Tang Jie dengan Hoo Pang Ron, saya rasa okey dengan 15 mata kerana mereka mungkin ada identiti menyerang,” tambahnya.

Kelmarin, BWF mengeluarkan kenyataan cadangan sistem 15 mata akan dibentangkan untuk undian pada Mesyuarat Agung Tahunan di Denmark pada 25 April 2026 sebagai usaha menggantikan sistem 21 mata sedia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN