fbpx
PENGAKUAN Kangana mengenai percubaannya menggoda dan menarik perhatian Akshaye Khanna satu ketika dahulu menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat Bollywood.

Cuba goda Akshaye, Kangana tak dilayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON sensasi, Kangana Ranaut mengakui pernah mendekati Akshaye Khanna sewaktu mereka sama-sama membintangi sebuah filem satu ketika dahulu tetapi percubaannya gagal.

Kangana mendedahkan perkara itu sewaktu menjadi tetamu jemputan rancangan Koffee With Karan.

Apabila Karan bertanya pernahkan dia cuba mendekati mana-mana pelakon lelaki, Kangana tanpa berselindung menyebut nama Akshaye Khanna.

“Mula-mula saya cuba berbual dengan Akshaye. Kemudian saya berusaha mendekati dan menggodanya, namun dia mengelak.

“Dia tidak bercakap dengan sesiapapun kecuali Anil Kapoor. Dia langsung tak layan saya,” katanya.

Kenyataan Kangana mengenai percubaannya menggoda Akshaye kembali tular selepas aktor itu mencipta fenomena menerusi Dhurandhar yang menjadi filem Hindi paling tinggi kutipan dalam sejarah filem Bollywood.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN