LONDON – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta jenama Kia yang baru dibelinya terbakar semasa dia memandu di sebatang jalan di Britain, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Workington, Cumbria, baru-baru ini.
Sian Crooks berkata, kereta jenis Kia Stonic yang dipandunya tiba-tiba mati sebelum lampu amaran enjin menyala.
Crooks bergegas keluar bersama anjing peliharaannya selepas bahagian enjin dipenuhi asap dan terbakar.
“Saya hanya mampu melihat kereta berharga £9,000 (RM47,802) yang dibeli kira-kira 12 hari lalu ini api,” kata Sian
Tiada kecederaan dilaporkan.
“Saya hanya memerlukan penyelesaian. Masih belum ada siasatan tentang apa yang berlaku,” katanya. – AGENSI














