KECOH industri Bollywood apabila pelakon baharu yang juga anak kepada aktor terkenal, Saif Ali Khan iaitu Ibrahim Ali Khan dikatakan seorang biseksual.
Perkara itu didedahkan seorang individu yang mendakwa Ibrahim menjalin hubungan sulit dengan pempengaruh media sosial, Orry.
Orry dikatakan bergaduh dengan kakak Ibrahim iaitu Sara Ali Khan dan menyah ikut akaun Instagram aktres itu.
Dia turut mendakwa diugut ibu Sara dan Ibrahim iaitu aktres Amrita Singh.
Menurut Orry, Amrita memintanya menjauhkan diri daripada Ibrahim.
Ibrahim pula dikatakan sedang hangat dilamun cinta dengan aktres, Palak Tiwari.














